Alhamdulillah my dad dah ok. Well, This is basically what happen.
AT berada di Kedai Simpang 9, menikmati kemanisan ayam panggang masak madu. Walaupun lidahnya terasa manis tapi hatinya terasa hambar. Mungkin kerana AT belum sempat menghubungi parentnya hari ini. Sudah kebiasaan bagi AT, apabila berjauhan dengan parent, akan menghubungi mereka, walaupun sekadar bertanya khabar.
Untuk 3 hari ini, AT bekerja di USM transkrian, dimana kedudukannya agak jauh dari rumah AT, jadi AT terpaksa tidur di sana.
Niat di hati, ingin menghubungi mereka, tapi AT leka sementara. Di kaca TV di restoran, Malaysia vs Chinese Taipei.
"Ahh..esok sajalah ku hubungi mereka.." Fikir AT dengan bersahaja
AT dan teman, Paan sibuk berceloteh hingga ke lewat malam. Pada pukul 11.30 malam, tiba2 hp AT berbunyi. Display menunjukkan :-
"Mak Calling.."
AT angkat seperti biasa, Tanggapannya, mungkin ibunya rindu lalu menelefonnya. Tidak AT sangka yang dia akan menerima suatu berita buruk
"Assalaaamualaikummm" AT menjawab dengan nada ceria
~~
AT berada di highway. Otaknya agak berserabut tapi alhamdulillah AT tidak panik. Setelah mendapat berita yang ayahnya terlibat dalam kemalangan, AT terus mengemas barang2 dan terus drive balik ke rumah. Dengan kelajuan 150km/h, AT tak tahu berapa tiket saman yang bakal dia terima tapi itu tak penting. Yang penting, dia sampai rumah dengan segera. Ayahnya berada di wad dan ibunya keseorangan di rumah.
AT menghubungi ayahnya
*Talian bersambung*
~~
Terasa lega hatinya setelah mendengar suara ayahnya. Menurut ayahnya, kecederaannya tak begitu serius. Cuma hujung jari yang hampir putus & tulang remuk pada hujung jari tersebut. Mujurlah, tak sampai lagi waktu untuk Malaikat Izrael melawat. Alhamdulillah.
Suasana sunyi. Radio pun tak dipasangnya. Setelah terasa sekian lamanya, AT tiba di rumah.
"Mak siap2, kita p tengok abah" Kata AT
~~
------------------------------------------------------------------------------------
Moral Of The Story,Kalau korang teringat kat parent, Call ( @ jumpa lagi bagus ). Don't delay. Jangan jadi macam AT. Menyesal nanti
p/s : Bapa AT kena 10 jahitan di jari. Di tempat lain, lebam dan luka2 kecil saje.
p/p/s: Sekarang dia dah ok. Siap nak bawak moto lagi [Mak tak kasi bawa dah]
8 comments:
owh, moga selamat dan cepat sembuh ayah AT ..
cam ne leh exciden ?
alhamdulillah..semua dh selamat..
semoga ayah AT cepat sembuh =)
ps: gaya pengceritaan dah boleh buat novel nih =D
:) alhamdulillah dah okay.accident moto ek?suruh dia rajinkan diri untuk berehat tau!
setuju dengan wani,macam novel sudah !
Ameen. Harap2 cepat baik.=)
@Ipai-Moto langgar dari belakang..
@wani-huk2..saja je.nak kasi feeling..
@hana-yep eksiden moto --->moto
Semoga ayah AT cepat sembuh... byk moral value disini :)
thx,sama2 kita ambil pengajaran.=)
salam ziarah :)
hope everything's ok by now..
alhamdulillah, umur masih dipanjangkan lagi...
semoga ayah AT cepat2 sembuh ^^
Yep.all iz well..=)
thank you for the wishing.
Post a Comment